Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.

Jumaat, Februari 25, 2011

Vlog: Ep2 - Kompleks Taman Seni Budaya

Melawat Kompleks Taman Seni Budaya




Lokasi:

View Seremban in a larger map

Rabu, Februari 23, 2011

Karnival Produk Perikanan

Pada masa ini, sebuah karnival iaitu Karnival Produk Perikanan sedang berlangsung di Seremban. Berikut merupakan butir-butir karnival tersebut.

KARNIVAL PRODUK PERIKANAN
Tarikh: 22 - 27 Februari 2011
Masa: 10 pagi - 11 malam
Tempat: Pusat Beli Belah AEON Seremban 2 (Jusco)

Selasa, Februari 22, 2011

Vlog: Ep1 - Mencari internet di Senawang

Memperkenalkan vlog Seremban Maya yang pertama. Semoga terhibur.

Kemiskinan dan kurang upaya bukan penghalang untuk cemerlang dalam STPM

Kekurangan upaya atau kemiskinan bukan penghalang untuk tiga orang pelajar muncul cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun lepas. Mohd Rifaat Hussin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, yang mendapat 4A dan 1B walaupun kekurangan upaya dari segi penglihatan sejak berumur 15 tahun, menyatakan bahawa dia bertuah kerana rakan-rakan sekelas dan guru-gurunya tidak pernah mendiskriminasikannya. Apabila ditanya tentang cabaran terbesar yang dihadapi di sekolah, dia berkata yang dia tidak dapat melihat apa yang guru-guru tulis di papan hitam dan terpaksa bertanya kawan-kawan untuk membacakan apa yang ditulis. Remaja yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu berkata, dia mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris atau Universiti Malaya.

Berita penuh / sumber: Bernama

Khamis, Februari 17, 2011

Menonton wayang di Seremban

Anda baru tiba di Seremban? Anda berminat untuk menonton wayang gambar? Di Seremban, terdapat tiga lokasi pawagam yang boleh anda pilih untuk menonton filem kegemaran anda.

1. Golden Screen Cinema (GSC) di Terminal One shopping center
Terletak di tingkat paling atas kompleks beli-belah Terminal One. Jika anda berkereta, anda boleh parking kereta anda di tempat letak kereta tingkat atas stesen bas Terminal 1, dan kemudian terus menggunakan jejambat yang disediakan untuk ke bangunan kompleks.

2. Tanjong Golden Village (TGV) di kompleks Jusco Seremban 2
Terletak di tingkat paling atas kompleks Jusco Seremban 2. Jika anda berkereta, anda boleh parking kereta di tingkat atas tempat letak kereta yang disediakan di kompleks itu sendiri.

3. MBO Cinema di kompleks Terminal 2
Terletak di tingkat atas kompleks beli-belas Terminal 2 (Era Square). Tempat letak kereta disediakan di tingkat atas bangunan kompleks.

Selasa, Februari 15, 2011

Karnival Bola Sepak Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan 2011

Karnival Bola Sepak Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan 2011

Bawah 12 Tahun: 28-30 Januari 2011
Bawah 15 Tahun: 18-20 Februari 2011
Bawah 18 Tahun: 25-27 Februari 2011

Program Pembangunan Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan Darul Khusus dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tempat: Padang Majlis Perbandaran Seremban dan Padang Sekolah KGV
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Suasana Sambutan Maulidur Rasul

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban pada hari Selasa, 15 Februari 2011. Para hadirin telah berkumpul di kawasan padang seawal pukul 7.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan penyampaian ucapan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, dan seterusnya dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Sambutan diakhiri dengan acara perbarisan diiringi alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh pelbagai agensi termasuk badan-badan kerajaan, agensi-agensi swasta, institusi-institusi pendidikan, serta badan-badan pertubuhan dan organisasi. Perbarisan yang bermula dari Padang Majlis Perbandaran Seremban itu melalui beberapa jalan utama di bandar Seremban, dan tamat di kawasan sekitar bangunan-bangunan kerajaan bersebelahan Taman Tasik Seremban. Majlis tamat kira-kira jam 9.30 pagi.

Gambar-gambar sekitar sambutan:

 
 
 
 

 

 
 

Isnin, Februari 14, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus akan diadakan pada 15 Februari 2011 (12 Rabiulawal 1432H), bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban, bermula pada pukul 7.30 pagi. Orang ramai dijemput hadir.

Jumaat, Februari 11, 2011

Stesen keretapi dijangka siap pada bulan Mei 2011

Pembinaan dua buah stesen keretapi di Senawang dan Sungai Gadut untuk projek landasan elektrik berkembar Seremban - Gemas akan siap dan mula beroperasi pada Mei 2011. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dengan siapnya stesen itu, orang ramai dapat menikmati kemudahan pengangkutan yang disediakan kerajaan. Stesen-stesen itu juga dapat mengurangkan masalah kesesakan di stesen sedia ada. Stesen-stesen baru dan moden itu dilengkapi pejabat, tempat letak kenderaan, tandas awam, gerai jualan, ATM, telefon, surau dan kemudahan mesra OKU. Sementara itu, pengurus projek berkenaan iaitu Ranee Bakri Zakaria berkata, dengan siapnya laluan berkembar tersebut, perjalanan dari Seremban ke Gemas dijangka akan mengambil masa dua hingga tiga jam sahaja, berbanding menggunakan lebuhraya.

Sumber: Bernama

Selasa, Februari 08, 2011

Berwaspada dengan geng perompak, nasihat polis kepada umum

Polis mempercayai sekumpulan lima orang warga asing bertanggungjawab terhadap beberapa kejadian rompakan di Negeri Sembilan sejak bulan lepas. Yang terbaru, kumpulan perompak tersebut memecah masuk sebuah rumah kepunyaan seorang pengawal keselamatan sekolah di Kuala Pilah pada pukul 3 pagi Isnin lepas. Modus operandi kumpulan tersebut adalah dengan memecah masuk rumah atau premis perniagaan menggunakan pintu belakang. Dalam kejadian tersebut, suspek telah mengikat pengawal keselamatan tersebut, sebelum lari dari tempat kejadian dengan barang rompakan, termasuk wang bernilai RM2000, barang kemas, selaras senapang panah dengan 30 butir peluru dan kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran NBC 6931.

Sumber: Bernama