Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.
Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (SKS-KL), sebuah subsidiari Nadicorp Holdings Sdn. Bhd., merancang untuk menambah bilangan bas dua tingkat pada masa depan berdasarkan sambutan dan keperluan penumpang. Menurut pengerusinya Mohamad Nizar Datuk Seri Mohamad Najib, pada masa ini terdapat 13 buah bas dua tingkat yang setiap satunya bernilai RM1 juta. SKS-KL mempunyai 69 buah bas termasuk 13 buah bas dua tingkat.
SKS-KL telah beroperasi di laluan Seremban-Kuala Lumpur-Seremban melalui Lebuhraya Utara-Selatan sejak 1977. Seramai 4000 orang penumpang menggunakan perkhidmatan SKS-KL setiap hari, dan jumlah ini berganda pada hujung minggu.
Sejak kebelakangan ini, hujan turun dalam keadaan yang agak kerap. Pada masa yang sama, mungkin rumah anda mengalami gangguan bekalan air. Sekiranya itu berlaku, anda pasti ingin tahu perkembangan terkini mengenainya. Sungguh mudah. Lawati website Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) untuk mengetahui sebarang perkembangan mengenai gangguan bekalan air di tempat anda.
Tahukah anda di Seremban terdapat sebuah lokasi yang boleh dipanggil zoo mini? Jom kita lawati taman haiwan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jalan Jelebu.