Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.

Rabu, April 27, 2011

S2EP1 - Pertandingan Lagu-Lagu Klasik (Akhir)

Pada 24 April 2011 yang lalu, telah berlangsung peringkat akhir Pertandingan Lagu-Lagu Klasik, bertempat di Terminal 1 Shopping Center. Pertandingan yang telah bermula sejak awal bulan April itu dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Terminal 1, Fashar Event & Entertainment dan Majlis Belia Negeri Sembilan. Ikuti vlog berikut untuk liputan oleh Seremban Maya.

Vlog tersebut merupakan episod pertama bagi musim kedua Vlog Seremban Maya. Dan mulainya juga semua vlog akan diterbitkan dalam high-definition (HD). Semoga terhibur.

Isnin, April 25, 2011

Vlog: Ep15 - Season 1 Finale

Episod 15 ini adalah episod terakhir untuk season pertama. Tamat sudah season pertama, nantikan season kedua yang akan menyusul tidak lama lagi.


Juga boleh ditonton di 1tube.my.

Sabtu, April 23, 2011

Stesen komuter mula beroperasi pada Mei

Stesen komuter baru di Senawang dan Sungai Gadut akan mula beroperasi pada pertengahan bulan Mei 2011. Menurut pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kedua-dua stesen tersebut berjarak 10km antara satu sama lain, dan dengan siapnya stesen tersebut, jumlah keseluruhan stesen komuter meningkat kepada 53 buah.

Berita penuh: Bernama

Isnin, April 18, 2011

Gangguan bekalan air seluruh Seremban (20-21 April)

Seluruh Seremban, termasuk kawasan Seremban 2, akan mengalami gangguan bekalan air pada 20 dan 21 April 2011 (Rabu dan Khamis). Ini berikutan penutupan sementara loji Sungai Terip dan kolam imbangan Dangi. Menurut Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), gangguan tersebut juga melibatkan kawasan Tampin, Gemencheh dan Jempol. Gangguan bekalan air dijangka akan bermula pada pukul 8 pagi 20 April, dan akan dipulihkan secara berperingkat pada 21 April.

Sebarang maklumat lanjut, layari laman web SAINS di http://www.sainswater.com atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

Sabtu, April 16, 2011

Kompilasi musim pertama Vlog Seremban Maya

Mengumumkan yang musim pertama Vlog Seremban Maya dah pun habis sebanyak 14 episod. Berikut merupakan link terus ke episod setiap musim:




Dalam masa terdekat, sesi penutup season akan diterbitkan. Untuk musim kedua, kami telah membuat beberapa perancangan termasuk penampilan sedikit konsep baru. Apa yang kami harapkan adalah supaya mereka yang berminat, tak kisah sebagai tetamu, atau memberi cadangan tempat untuk dilawati, atau nak feature bisnes IKS, apa saja yang berkaitan dengan Seremban, terus saja menghubungi kami, memang kami sangat alu-alukan. So kami minta tolong sampai-sampaikan kalau ada kenal-kenal sesiapa yang berminat.

Terima kasih banyak atas segala sokongan. Nantikan musim kedua Vlog Seremban Maya.

Perkhidmatan komuter Seremban - Labu dihenti sementara

Perkhidmatan komuter sektor Seremban - Labu akan dihentikan sementara waktu untuk beberapa hari. Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad menyatakan bahawa penutupan itu adalah bagi membolehkan ujian tertentu dijalankan terhadap sistem isyarat mereka. Berikut adalah hari dan masa penutupan perkhidmatan tersebut:

Tarikh: 16 dan 17 April 2011 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 7 pagi - 11 malam

Bagi penumpang laluan Rawang yang ingin ke Seremban, hentian terakhir adalah hentian Labu. Shuttle bus akan disediakan di hentian Labu ke Seremban. Untuk maklumat lanjut, boleh lawat laman web KTMB di http://www.ktmb.com.my atau hubungi nombor telefon 1-300-88-5862.

Sumber asal: Bernama

Rabu, April 13, 2011

Vlog: Ep14 - Bermain Bowling di Ampang Superbowl

Sebuah pusat bowling terawal di Seremban. Ampang Superbowl terletak di tingkat atas pusat beli-belah Seremban Parade. Berdekatan dengan stesen keretapi Seremban. Sesuai untuk peminat-peminat sukan bowling dan juga untuk aktiviti riadah bersama-sama keluarga dan kenalan.



Lokasi:

View Seremban in a larger map

Penyembelihan ayam tidak dibenarkan di pasar besar

Pihak Majlis Perbandaran Seremban telah mengeluarkan larangan penyembelihan ayam daripada dilakukan di Pasar Besar Seremban. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini bagi menghalang pencemaran Sungai Temiang daripada sisa penyembelihan. Kerja-kerja penyembelihan perlu dilakukan di tempat-tempat khas berasingan yang mematuhi piawaian kebersihan dan kesihatan, serta bermanfaat untuk semua pihak sama ada peniaga dan alam sekitar.

Berita penuh: The Star

Seremban Maya: "Teringin nak tengok Sungai Temiang sekurang-kurangnya jadi macam Sungai Melaka."

Jumaat, April 08, 2011

Vlog: Ep13 - Benteng Jalan Dato Abdul Rahman

Menjamu selera di Benteng Jalan Dato Abdul Rahman, sebuah medan selera yang terletak di tengah bandar Seremban.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Isnin, April 04, 2011

Vlog: Ep12 - Sesi Kenali Seremban Maya di Taman Tasik Seremban

Bersiar-siar di Taman Tasik Seremban, salah satu taman tasik tertua di Malaysia. Ikuti sesi temubual eksklusif pengasas Seremban Maya bagi memenuhi permintaan tugasan pelajar.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Sabtu, April 02, 2011

Vlog: Ep11 - Singgah Malam di Temiang Corner

Suasana malam di sekitar pusat bandar Seremban. Singgah makan di Temiang Corner.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke - 5

5 tahun lepas kami ditertawakan dan disindir bila mula2 nak bangunkan Seremban Maya Dot Com. Paling kecewa, bila ada pihak mempersoalkan penggunaan perkataan 'Seremban' seolah-olah, ianya hak mereka. Tapi kami teruskan juga, atas dasar cintakan bandar Seremban. Using all the resources that we have, al-maklumlah, masa tu kami nie penganggur. terpaksa buat kerja part time semata nak kumpul duit bayar hosting. Akhirnya, jadi jugak la web portal pertama bandar Seremban after gather all the information & the money by ourself. Ilmu yang kita ader masa tu just basic html, so website masa tu agak statik gak la. Ader la flash sikit2.


Kemudian kami ditawarkan bekerja di KL. Seremban Maya masa tu agak slow dari segi update, tapi kami tetap melayan panggilan & email mereka2 yang bertanyakan perihal Seremban terutamanya dari negara jiran, Singapura. Lepas keje, ader la duit sikit, kami gi la belajar CMS, dapat la buat website yang dinamik sikit. 5 tahun dulu kalau dapat 100 pengunjung sebulan, kita dah rasa puas sangat sebab target kami masa tu hanyalah 1000 pengunjung sebulan. Hari ini, alhamdulilah pengunjung Seremban Maya telah mencecah 5000 orang sebulan. Tidak cukup dengan web portal, kami bangunkan blog Seremban Maya yang menyampaikan maklumat dengan lebih santai berbanding web portal yang bersifat semi-formal. Langkah kami tidak berhenti setakat itu sahaja, kerana hari ini, kita telah bangunkan Video Log (VLOG) Seremban Maya yang akan masuk musim ke-2. (Musim pertama- beta version). Kalau dulu orang hanya boleh membaca atau melihat gambar di laman web Seremban Maya, kini mereka boleh menonton video info mengenai bandar Seremban di channel youtube & 1Tube Seremban Maya. November 2010, kami telah adakan Seremban Maya GPS Hunt Challenge sebagai pembuka tirai aktiviti2 mempromosikan Seremban.


'We Love Our Seremban' menjadi pegangan kami dalam membangunkan Seremban Maya Dot Com. Walaupun kami mengeluarkan duit poket kami sendiri untuk membangunkannya, Seremban Maya Dot Com adalah hak milik orang Seremban dan kami akan mengekalkan perkataan 'Percuma untuk warga Seremban' sampai bila-bila.

Hari ini (1 April) genap 5 tahun usia Seremban Maya. Kami akan terus melangkah ke hadapan dengan isi, idea dan aktiviti yang baru yang diharap dapat memberi maklumat/kemudahan kepada orang Seremban dan orang yang ingin ke Seremban . Kami akan terus membangunkan bandar Seremban melalui bidang yang kami mahir, mengikut kemampuan kami, seiring dengan perjalanan Seremban yang bakal dinaik taraf kepada Bandaraya tidak lama lagi. Terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami sepanjang 5 tahun Seremban Maya beroperasi. Semoga segala usaha kami mendapat keredhaanNya. InsyaAllah..

Jumaat, April 01, 2011

1Malaysia Karnival 2011

1Malaysia Karnival 2011

Tarikh: 30 Mac hingga 2 April 2011

Masa: 10 pagi - 12 tengah malam

Tempat: Hadapan Stadium Paroi, Seremban

Artis undangan: Nabil (Raja Lawak), Bunkface, Pretty Ugly, Tilu, Mus (May), Ali (XPDC), Ustaz Akhil Hayy