Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.

Selasa, Mei 31, 2011

S2EP11 - Hari Muzium Negara Peringkat Kebangsaan 2011

Sambutan Hari Muzium Negara Peringkat Kebangsaan 2011 telah berlangsung dari 18 - 24 Mei 2011, berpusat di lokasi utama iaitu Kompleks Taman Seni Budaya (Muzium Negeri Sembilan), Seremban.

Showcase 1 Daerah 1 Industri

Showcase 1 Daerah 1 Industri
Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh: 31 Mei - 5 Jun 2011
Tempat: AEON Jusco, Seremban 2

Khamis, Mei 26, 2011

S2EP10 - Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Sembilan

Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Sembilan (MAPEX 2011) telah berlangsung di Seremban Parade pada 20-22 Mei 2011.

Selasa, Mei 24, 2011

S2EP9 - Ucapan Hari Belia 2011

Kompilasi ucapan sempena Hari Belia 2011. Seremban Maya juga mengajak semua bersama-sama memeriahkan sambutan Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya pada 27-29 Mei 2011.

Khamis, Mei 19, 2011

S2EP8 - Meraikan Rombongan Universitas Bung Hatta Ke Seremban

Program ramah mesra pemimpin & Exco MBNNS bersama rombongan Universitas Bung Hatta. Rombongan dari Universitas Bung Hatta, Padang, Sumatera Barat ke Seremban diraikan di Restoran Wadi Ar-Raudhah, Rahang.


Lokasi restoran Wadi Ar-Raudhah:
View Seremban in a larger map

Selasa, Mei 17, 2011

S2EP7 - Hari Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sembilan

Saksikan kemeriahan Sambutan Hari Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sembilan pada 15 Mei 2011 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Paroi, Seremban.

Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Sembilan (MAPEX 2011)

Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Sembilan (MAPEX 2011)

Tarikh: 20 - 22 Mei 2011
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Seremban Parade

Ahad, Mei 15, 2011

S2EP6 - Youth Carnival @ Econsave

Pada 8 Mei 2011, telah berlangsung Youth Carnival @ Econsave. Acara yang berlangsung di perkarangan pasaraya Econsave, Forest Heights, Seremban itu telah diadakan hasil kerjasama beberapa pihak iaitu Pejabat Belia dan Sukan Seremban, Majlis Belia Seremban dan pasaraya Econsave.

Sabtu, Mei 14, 2011

Sambutan Hari Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sembilan

Sambutan Hari Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh: 15 Mei 2011
Masa: 8 pagi
Tempat: Kompleks Belia Dan Sukan NS, Paroi, Seremban


Perasmian oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

Khamis, Mei 12, 2011

S2EP5 - Program Sihat Untuk Semua Taman Bukti

Program Sihat Untuk Semua telah diadakan di Taman Bukti Ampangan, Seremban, pada 8 Mei 2011, bertempat di perkarangan surau Taman Bukti. Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam & Khairat Kematian Taman Bukti itu umumnya bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran tentang kesihatan kepada para penduduk setempat.

Rabu, Mei 11, 2011

Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011

Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011
18 - 23 Mei 2011
Negeri Sembilan Darul Khusus

Acara:

Pameran
Tarikh: 19 - 23 Mei 2011
Tempat: Muzium Negeri Sembilan

Larian Muzium
Tarikh: 21 Mei 2011
Tempat: Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Kembara Muzium
Tarikh: 22 Mei 2011
Tempat: Muzium Tentera Darat Port Dickson

Seminar
Tarikh: 23 Mei 2011
Tempat: Hotel Royal Bintang, Seremban

Sabtu, Mei 07, 2011

S2EP3 - Tetamu dari luar negara

Seremban menerima kunjungan tetamu istimewa dari luar negara. Alang-alang berada di Seremban, bagus juga kalau berkunjung ke Taman Seni Budaya, dapat mengetahui serba-sedikit tentang adat dan budaya tempatan. Dipersilakan menonton.

Rabu, Mei 04, 2011

S2EP2 - Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia

Pada 29 April - 1 Mei 2011 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia di Klana Resort, Seremban. Perwakilan-perwakilan dan pemimpin-pemimpin badan-badan belia seluruh negara telah berhimpun selama beberapa hari di Seremban untuk persidangan tersebut. Seremban Maya telah mendapatkan pandangan beberapa orang pemimpin belia berkenaan dengan Seremban. Mari kita tonton.