Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.

Rabu, November 30, 2011

Seremban Maya mencari co-founder

Demi Seremban yang tercinta. Di sini kami ingin membuat pengumuman bahawa kami sedang mencari co-founder untuk bersama-sama memajukan Seremban Maya. Kriteria individu yang dicari adalah mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang database website dan networking. Kalau anda cintakan Seremban dan sanggup berbuat apa saja, anda adalah orang yang Seremban Maya perlukan. Hubungi kami dan kita akan atur pertemuan untuk berbincang.

Kami percaya Seremban Maya mempunyai prospek cerah dan mampu berkembang lebih jauh pada masa hadapan, dalam menyediakan pelbagai bentuk maklumat sebagai portal yang kukuh dan efisyen. Seremban Maya telah merangka pelbagai rancangan bagi memberi variasi dalam perkhidmatan yang disediakan. Bagi mencapai matlamat tersebut, Seremban Maya memerlukan khidmat tenaga pakar dalam bidang berkenaan bagi mengukuhkan lagi tenaga penggerak sedia ada. Sekiranya anda sayangkan Seremban, mahu berkhidmat untuk Seremban yang dicintai, serta mempunyai matlamat untuk maju dan juga meminati bidang keusahawanan teknologi, anda adalah orang yang Seremban Maya perlukan. Mari kita bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam menjayakan Seremban Maya.

Selasa, November 15, 2011

S3EP24 - Memorandum Persefahaman MBNNS - KNPI Sumbar

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan dengan Komite Nasional Pemuda Indonesia, Sumatera Barat.