Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.
Pasar malam di Ampangan diadakan setiap hari Selasa dan Jumaat.
Lokasi:
Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (SKS-KL), sebuah subsidiari Nadicorp Holdings Sdn. Bhd., merancang untuk menambah bilangan bas dua tingkat pada masa depan berdasarkan sambutan dan keperluan penumpang. Menurut pengerusinya Mohamad Nizar Datuk Seri Mohamad Najib, pada masa ini terdapat 13 buah bas dua tingkat yang setiap satunya bernilai RM1 juta. SKS-KL mempunyai 69 buah bas termasuk 13 buah bas dua tingkat.
SKS-KL telah beroperasi di laluan Seremban-Kuala Lumpur-Seremban melalui Lebuhraya Utara-Selatan sejak 1977. Seramai 4000 orang penumpang menggunakan perkhidmatan SKS-KL setiap hari, dan jumlah ini berganda pada hujung minggu.
Bazaar larut malam yang terletak di belakang Jalan Lee Sam (belakang The Store lama). Mari kita membeli-belah.
Lokasi:
Majlis Perasmian Farmasi Pandu Lalu
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tarikh: 28 Mac 2011 (Isnin)
Masa: 3.30 pm
Tempat: Farmasi Pandu Lalu, Jalan Rasah (berhampiran Klinik Kesihatan Seremban)
Dirasmikan oleh:
YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Program Penempatan Pekerjaan (3P)
Azam Kerja 1Malaysia
Tarikh: 26 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tempat: Perkarangan Wisma Persekutuan Seremban
Temuduga terbuka
Peluang pekerjaan untuk semua kategori
Pendaftaran online JobsMalaysia
http://www.jobsmalaysia.gov.my
Kehadiran pencari kerja dialu-alukan
Jom kita pekena cendol di Jalan Jelebu (Jalan Pantai).
Karnival Pendidikan 2011
Tarikh: 25 -27 Mac 2011
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Terminal 1 Shopping Center
Sejak kebelakangan ini, hujan turun dalam keadaan yang agak kerap. Pada masa yang sama, mungkin rumah anda mengalami gangguan bekalan air. Sekiranya itu berlaku, anda pasti ingin tahu perkembangan terkini mengenainya. Sungguh mudah. Lawati website Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) untuk mengetahui sebarang perkembangan mengenai gangguan bekalan air di tempat anda.
Tahukah anda di Seremban terdapat sebuah lokasi yang boleh dipanggil zoo mini? Jom kita lawati taman haiwan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jalan Jelebu.
Popular Book Fair (pesta buku)
Tarikh: 11 - 20 Mac 2011
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Kompleks Beli-Belah Terminal 1
Kejohanan Kriket MSSM 2011
Tarikh: 14 - 19 Mac 2011
Masa: 8 pagi - 6 petang
Tempat: Padang Sekolah KGV (kategori 18 tahun)
Orang ramai dijemput hadir
Suasana kemeriahan Citra Budaya Perpatih yang dirasmikan pada 12 Mac 2011 di Padang MPS.
Antara acara menarik termasuk Malaysia Book of Records, Tarian Piring Seribu.
Menikmati roti telur kentang di Benteng Ampangan.
Lokasi:
CITRA BUDAYA PERPATIH
Tarikh: 11 - 13 Mac 2011
Tempat: Padang MPS
Majlis perasmian:
Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 8 malam
Tempat: Padang MPS
Yang menarik: Malaysia Book Of Records Tarian Piring Seribu, Orkestra Cak Lempong, Artis Jemputan, dan lain-lain lagi.
Orang ramai dijemput hadir.
Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Kali Ke-32
Tahun 1432H / 2011M
Tarikh:10 Mac 2011 / 5 Rabiulakhir 1432H
Masa: 8 pagi hingga 10 malam
Tempat: Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan
Orang ramai dijemput hadir
Episod terbaru, jom kita pergi makan-makan di Restoran Victory.
Lokasi: