Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.

Jumaat, September 30, 2011

S3EP17 - Rombongan Dari Sumatera Barat (Bhg. 2)

Bahagian kedua berkenaan rombongan dari Sumatera Barat membawa kita ke Muzium Diraja Seri Menanti, dan kemudian melawat majlis perkahwinan di Seremban Jaya.

Rabu, September 28, 2011

S3EP16 - Rombongan Dari Sumatera Barat (Bhg. 1)

Seremban menyambut kedatangan rombongan dari Sumatera Barat. Dalam bahagian pertama ini, ikuti temubual ekslusif dengan seorang pemimpin dari sana dan aktiviti-akvitivi mereka sepanjang berada di Seremban, Negeri Sembilan.

Isnin, September 26, 2011

S3EP15 - Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sembilan

Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 16 September 2011 di padang Majlis Perbandaran Seremban. Saksikan pelbagai persembahan menarik, termasuk daripada para selebriti.

Jumaat, September 23, 2011

S3EP14 - Rumah Terbuka Aidilfitri Presiden MBN Negeri Sembilan

Wawancara bersama presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan isteri sempena rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan mereka.

Selasa, September 20, 2011

Pesta Wanita Anggun My Magazine

Pesta Wanita Anggun My Magazine
Tarikh: 23-25 September 2011
Tempat: Terminal One Shopping Center

Isnin, September 19, 2011

S3EP13 - Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Seremban, pada 16 September 2011. Saksikan kemeriahan dan warna-warni perbarisan sepanjang sambutan tersebut.

Ahad, September 18, 2011

S3EP12 - Sidang Media Pesta Wanita Anggun My Magazine

Pesta Wanita Anggun My Magazine akan diadakan di Terminal One Shopping Center pada 23-25 September 2011. Anjuran majalah pengiklanan My Magazine dengan kerjasama Fashar Event & Entertainment, pesta tersebut bakal menjanjikan pelbagai acara dan aktiviti menarik. Ikuti sidang media pelancaran pesta tersebut.

Khamis, September 15, 2011

Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia

Sambutan Kemerdekaan ke-54
Peringkat Negeri Sembilan
Tarikh: 16 September 2011
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Kompleks Belia Dan Sukan Paroi


Sambutan Hari Malaysia
Tarikh: 16 September 2011
Masa: 8 malam
Tempat: Padang MPS


Orang ramai dijemput hadir

Selasa, September 13, 2011

S3EP11 - Berhibur Dengan Silap Mata Jalanan

Syariel dan Budi merupakan penggiat seni silap mata jalanan. Episod kali ini membawa kita berjalan-jalan bersama mereka di S2 City Park, menghiburkan pengunjung-pengunjung taman dengan aksi silap mata yang menarik.


Jika berminat untuk berurusan dengan mereka, boleh hubungi:
Syariel - 017-2907802

Khamis, September 08, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Merdeka ke-54

Ucapan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan, istimewa buat semua penonton Seremban Maya dan 1tube.my.

Selasa, September 06, 2011

Edisi Raya Bersama Admin Seremban Maya

Episod khas edisi raya bersama-sama dengan admin Seremban Maya.