Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.

Rabu, Ogos 31, 2011

Senarai blogger Seremban

Cara-cara mendaftar:
1. Follow blog Seremban Maya ini.
2. Tinggalkan link ke blog anda di ruangan komen.
3. Nyatakan lokasi anda di Seremban secara umum (tempat tinggal, tempat kerja atau tempat belajar).

Syarat-syarat:
1. Terbuka kepada warga Seremban tak kira sama ada menetap di Seremban atau di luar Seremban.
2. Terbuka kepada mereka yang bermastautin dan bermukim di Seremban walaupun untuk sementara atau tidak tetap (urusan kerja, pelajar, dan sebagainya).
3. Mereka yang berada dalam daerah Nilai juga boleh menyertai (sebab tak lama lagi akan bergabung dengan Seremban).

Khamis, Ogos 25, 2011

S3EP10 - Bazar Hari Raya Di Ampangan

Bazar di Ampangan menyediakan pelbagai keperluan sempena Hari Raya yang bakal menjelma.

Jumaat, Ogos 19, 2011

S3EP9 - Bazaraya Terbuka Dataran Senawang

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, bazaraya dataran Senawang diadakan selama sebulan bagi menyediakan ruang untuk membeli-belah.



Lawati Facebook Dataran Senawang di http://www.facebook.com/dataransenawang

Selasa, Ogos 16, 2011

S3EP8 - Berbuka Puasa Di Restoran Sri Aden

Berbuka puasa di Restoran Sri Aden, Taman Warisan Puteri, Seremban.


Lokasi Restoran Sri Aden:
View Seremban in a larger map


Buffet khas Ramadhan:

1) Buffet Ramadhan - Dewasa RM30/orang, kanak-kanak RM15/orang

Ringkasan menu: Sup tulang, sup kambing, bubur lambuk, bubur nasi, tiga menu kerabu, dua menu sambal cicah, satu jenis ikan masin, satu jenis keropok, tiga menu hidangan sejuk (rojak, salad dan sebagainya), lauk-pauk masakan Melayu (satu menu ayam, satu menu daging, satu menu udang, satu menu sotong, satu menu sayur kampung, satu menu cili api, dua menu sayur-sayuran), hidangan set nasi (nasi ayam, nasi tomato, dan sebagainya), hidangan panggang (ikan bakar, ayam), hidangan gerai (lamb chop, chicken chop, roti canai, murtabak, dan lain-lain), hidangan manis-manisan, pelbagai jenis minuman panas dan sejuk.