Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.

Rabu, November 30, 2011

Seremban Maya mencari co-founder

Demi Seremban yang tercinta. Di sini kami ingin membuat pengumuman bahawa kami sedang mencari co-founder untuk bersama-sama memajukan Seremban Maya. Kriteria individu yang dicari adalah mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang database website dan networking. Kalau anda cintakan Seremban dan sanggup berbuat apa saja, anda adalah orang yang Seremban Maya perlukan. Hubungi kami dan kita akan atur pertemuan untuk berbincang.

Kami percaya Seremban Maya mempunyai prospek cerah dan mampu berkembang lebih jauh pada masa hadapan, dalam menyediakan pelbagai bentuk maklumat sebagai portal yang kukuh dan efisyen. Seremban Maya telah merangka pelbagai rancangan bagi memberi variasi dalam perkhidmatan yang disediakan. Bagi mencapai matlamat tersebut, Seremban Maya memerlukan khidmat tenaga pakar dalam bidang berkenaan bagi mengukuhkan lagi tenaga penggerak sedia ada. Sekiranya anda sayangkan Seremban, mahu berkhidmat untuk Seremban yang dicintai, serta mempunyai matlamat untuk maju dan juga meminati bidang keusahawanan teknologi, anda adalah orang yang Seremban Maya perlukan. Mari kita bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam menjayakan Seremban Maya.

Selasa, November 15, 2011

S3EP24 - Memorandum Persefahaman MBNNS - KNPI Sumbar

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan dengan Komite Nasional Pemuda Indonesia, Sumatera Barat.

Jumaat, Oktober 28, 2011

S3EP23 - Menonton Perlawanan Bola Sepak Di Stadium Paroi

Suasana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semasa perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dengan T-Team.

Khamis, Oktober 27, 2011

S3EP22 - Silicon Valley Comes To Malaysia (Bhg. 2)

Bhg. 2 acara Silicon Valley Comes To Malaysia menampil perkongsian beberapa kumpulan yang terpilih untuk sesi one-on-one dengan tokoh-tokoh Silicon Valley.

Isnin, Oktober 24, 2011

S3EP21 - Silicon Valley Comes To Malaysia (Bhg. 1)

Seremban Maya telah dipilih sebagai salah satu delegasi untuk menghadiri Silicon Valley Comes To Malaysia, satu acara di mana tokoh-tokoh dari Silicon Valley, Amerika Syarikat berkongsi ilmu dalam bidang IT dan korporat terutamanya kepada para usahawan baru.

Isnin, Oktober 17, 2011

S3EP20 - Program Amal Sekilas Harapan

Konvoi program amal Fashar Event & Entertainment bersama-sama kelab kereta Proton Satria Akina Speedstar YOSATO Malaysia ke sebuah lokasi berdekatan Kuala Klawang, Jelebu.

Selasa, Oktober 11, 2011

S3EP19 - Korobori Pengakap Negeri Sembilan Kali Ke-8

Saksikan kemeriahan malam kebudayaan semasa Korobori Pengakap Negeri Sembilan Kali Ke-8 yang berlangsung pada 27-30 September 2011 di Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus.

Rabu, Oktober 05, 2011

S3EP18 - Pesta Wanita Anggun My Magazine 2011

Pesta Wanita Anggun My Magazine 2011 telah diadakan di Pusat Beli-Belah Terminal One, Seremban, pada 23-25 September 2011, anjuran bersama My Magazine dan Fashar Event & Entertainment.

Jumaat, September 30, 2011

S3EP17 - Rombongan Dari Sumatera Barat (Bhg. 2)

Bahagian kedua berkenaan rombongan dari Sumatera Barat membawa kita ke Muzium Diraja Seri Menanti, dan kemudian melawat majlis perkahwinan di Seremban Jaya.

Rabu, September 28, 2011

S3EP16 - Rombongan Dari Sumatera Barat (Bhg. 1)

Seremban menyambut kedatangan rombongan dari Sumatera Barat. Dalam bahagian pertama ini, ikuti temubual ekslusif dengan seorang pemimpin dari sana dan aktiviti-akvitivi mereka sepanjang berada di Seremban, Negeri Sembilan.

Isnin, September 26, 2011

S3EP15 - Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sembilan

Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 16 September 2011 di padang Majlis Perbandaran Seremban. Saksikan pelbagai persembahan menarik, termasuk daripada para selebriti.

Jumaat, September 23, 2011

S3EP14 - Rumah Terbuka Aidilfitri Presiden MBN Negeri Sembilan

Wawancara bersama presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan isteri sempena rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan mereka.

Selasa, September 20, 2011

Pesta Wanita Anggun My Magazine

Pesta Wanita Anggun My Magazine
Tarikh: 23-25 September 2011
Tempat: Terminal One Shopping Center

Isnin, September 19, 2011

S3EP13 - Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Seremban, pada 16 September 2011. Saksikan kemeriahan dan warna-warni perbarisan sepanjang sambutan tersebut.

Ahad, September 18, 2011

S3EP12 - Sidang Media Pesta Wanita Anggun My Magazine

Pesta Wanita Anggun My Magazine akan diadakan di Terminal One Shopping Center pada 23-25 September 2011. Anjuran majalah pengiklanan My Magazine dengan kerjasama Fashar Event & Entertainment, pesta tersebut bakal menjanjikan pelbagai acara dan aktiviti menarik. Ikuti sidang media pelancaran pesta tersebut.

Khamis, September 15, 2011

Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia

Sambutan Kemerdekaan ke-54
Peringkat Negeri Sembilan
Tarikh: 16 September 2011
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Kompleks Belia Dan Sukan Paroi


Sambutan Hari Malaysia
Tarikh: 16 September 2011
Masa: 8 malam
Tempat: Padang MPS


Orang ramai dijemput hadir

Selasa, September 13, 2011

S3EP11 - Berhibur Dengan Silap Mata Jalanan

Syariel dan Budi merupakan penggiat seni silap mata jalanan. Episod kali ini membawa kita berjalan-jalan bersama mereka di S2 City Park, menghiburkan pengunjung-pengunjung taman dengan aksi silap mata yang menarik.


Jika berminat untuk berurusan dengan mereka, boleh hubungi:
Syariel - 017-2907802

Khamis, September 08, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Merdeka ke-54

Ucapan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan, istimewa buat semua penonton Seremban Maya dan 1tube.my.

Selasa, September 06, 2011

Edisi Raya Bersama Admin Seremban Maya

Episod khas edisi raya bersama-sama dengan admin Seremban Maya.

Khamis, Ogos 25, 2011

S3EP10 - Bazar Hari Raya Di Ampangan

Bazar di Ampangan menyediakan pelbagai keperluan sempena Hari Raya yang bakal menjelma.

Jumaat, Ogos 19, 2011

S3EP9 - Bazaraya Terbuka Dataran Senawang

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, bazaraya dataran Senawang diadakan selama sebulan bagi menyediakan ruang untuk membeli-belah.



Lawati Facebook Dataran Senawang di http://www.facebook.com/dataransenawang

Selasa, Ogos 16, 2011

S3EP8 - Berbuka Puasa Di Restoran Sri Aden

Berbuka puasa di Restoran Sri Aden, Taman Warisan Puteri, Seremban.


Lokasi Restoran Sri Aden:
View Seremban in a larger map


Buffet khas Ramadhan:

1) Buffet Ramadhan - Dewasa RM30/orang, kanak-kanak RM15/orang

Ringkasan menu: Sup tulang, sup kambing, bubur lambuk, bubur nasi, tiga menu kerabu, dua menu sambal cicah, satu jenis ikan masin, satu jenis keropok, tiga menu hidangan sejuk (rojak, salad dan sebagainya), lauk-pauk masakan Melayu (satu menu ayam, satu menu daging, satu menu udang, satu menu sotong, satu menu sayur kampung, satu menu cili api, dua menu sayur-sayuran), hidangan set nasi (nasi ayam, nasi tomato, dan sebagainya), hidangan panggang (ikan bakar, ayam), hidangan gerai (lamb chop, chicken chop, roti canai, murtabak, dan lain-lain), hidangan manis-manisan, pelbagai jenis minuman panas dan sejuk.

Jumaat, Julai 29, 2011

S3EP7 - Pesta Buku Negeri Sembilan 2011

Memupuk kesedaran membaca di Pesta Buku Negeri Sembilan 2011 yang berlangsung di pusat beli belah Aeon, Seremban 2, pada 19-24 Julai 2011.

Selasa, Julai 26, 2011

S3EP6 - MAHA Negeri Sembilan 2011

Masih lagi berlangsung! Pameran pertanian MAHA Negeri Sembilan 2011 dari 23 hingga 30 Julai 2011 di Bekas Tapak Kem Paroi, Seremban (berhampiran stadium). Jangan lepaskan peluang menarik ini.

Jumaat, Julai 22, 2011

S3EP5 - Team Building Back To Basic BSN

Sekali lagi Seremban Maya membuat liputan luar di Sesi Team Building Back To Basic BSN di Janda Baik.

Khamis, Julai 21, 2011

Karnival Bola Sepak Bawah 12 Tahun & Bawah 10 Tahun

Karnival Bola Sepak Bawah 12 Tahun & Bawah 10 Tahun

Program Pembangunan Bola Sepak
Yayasan Negeri Sembilan

Dengan kerjasama
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Tarikh: 22-24 Julai 2011
Tempat: Padang MPS

Selasa, Julai 19, 2011

S3EP4 - Graduan Aspire 2011

Seremban Maya melepak di ruang pameran 1tube.my semasa Graduan Aspire 2011 pada 16 Julai 2011 di KL Convention Center. Ramai juga rakan taulan dan kenalan di alam maya yang berkumpul pada hari tersebut.

Isnin, Julai 18, 2011

Majlis Penutup Program Y Blog

Gambar-gambar semasa Majlis Penutup Program Y Blog dan Bengkel Kemahiran & Inovasi Sosial ARPRM Daerah Seremban 2011, pada 15 Julai 2011 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Paroi.


 

Sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan

Sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan
Peringkat Negeri Sembilan 2011


Tarikh: 23 hingga 30 Julai 2011
Masa: Bekas Tapak Kem Paroi, Seremban (berhampiran stadium)
Tempat: 10 pagi - 10 malam

Jumaat, Julai 15, 2011

S3EP3 - Konvensyen Guru-Guru Muda Kebangsaan

KOGUM 2011 telah diadakan di UiTM Shah Alam pada 8-10 Julai 2011, dan Seremban Maya telah bertemu dengan bakal pendidik dari Seremban, iaitu perwakilan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban.

Khamis, Julai 14, 2011

Pesta Buku Negeri Sembilan 2011

Pesta Buku Negeri Sembilan 2011


Tarikh: 19 - 24 Julai 2011
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Pusat Beli Belah AEON Seremban 2

Anjuran: Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Selasa, Julai 12, 2011

Graduan Aspire 2011

Kami di Seremban Maya mengalu-alukan kehadiran anda semua warga Seremban ke pameran kerjaya Graduan Aspire 2011 yang akan berlangsung pada 16 dan 17 Julai 2011 di Kuala Lumpur Convention Center. Dengan kerjasama pelbagai syarikat, pastinya pameran tersebut dapat memberi peluang kerjaya masa depan kepada anda, terutamanya golongan graduan dan pencari-pencari kerja. Untuk maklumat lanjut, layari laman web berikut:



Graduan Aspire 2011
Tarikh: 16 dan 17 Julai 2011
Lokasi: Kuala Lumpur Convention Center

Jumpa anda di sana!

Isnin, Julai 11, 2011

S3EP2 - Ijan Burger Station

Ijan Burger Station bukan satu nama yang asing bagi ramai warga Seremban. Episod kali ini, Seremban Maya memaparkan sebuah lokasi menjamu selera berkonsepkan burger.


Lokasi Ijan Burger Station Taman Paroi Jaya:
View Seremban in a larger map

Ahad, Julai 10, 2011

Pertandingan Video Promo 1tube GRADUAN - Kita Jumpa Di Sana

Episod khas vlog Seremban Maya tajaan Ambank Group. Jumpa anda di Graduan Aspire 2011 pada 16-17 Julai 2011 di Kuala Lumpur Convention Center.

Selasa, Julai 05, 2011

MATTA Fair

MATTA Fair

Tarikh: 8 - 10 Julai 2011
Masa: 10 pagi - 9 malam
Tempat: Terminal 1 Shopping Center

Isnin, Julai 04, 2011

S3EP1 - Tatu PDRM

Episod pertama musim ketiga vlog Seremban Maya dimulakan liputan Tatu PDRM yang diadakan pada 1 Julai 2011 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban. Saksikan kehangatan dan kemeriahan suasana semasa acara tersebut.

Jumaat, Julai 01, 2011

S2EP18 - Season 2 Finale

Episod akhir musim ke-2 vlog Seremban Maya. Himpunan beberapa adegan yang tak pernah diterbitkan dalam klip video asal. Penggulungan dan kesimpulan musim ke-2.

Tatu PDRM

Tatu PDRM

Tarikh: 1 Julai 2011 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban


Orang ramai dijemput hadir sama menyaksikan persembahan dan aksi-aksi hebat daripada Polis Diraja Malaysia.

Selasa, Jun 28, 2011

S2EP17 - Suko Suko Craft

Seremban Maya menemubual seorang usahawan internet iaitu pengasas Suko Suko Craft yang menampilkan produk kraftangan dan jahitan melalui laman sosial Facebook. Lawati:

Jumaat, Jun 24, 2011

Konsert Amal "Baik-Baik Sayang" Wali Band

Konsert Amal "Baik-Baik Sayang" Wali Band

Anjuran Angkatan Seni Baru, Yayasan Negeri Sembilan

Tarikh: 15 dan 16 Julai 2011
Tempat: Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan


Maklumat pembelian tiket, pembukaan gerai jualan dan pembelian t-shirt, sila hubungi Fashar Event & Entertainment di talian 06-6017383 / 06-6015891.

Tiket-tiket bernilai RM300, RM100 dan RM50. Harga 50% untuk kanak-kanak.

Kira-kira 30 gerai jualan dibuka untuk sewaan. Pertandingan lain termasuk Battle Of The Band (Indie) dan pertandingan untuk kanak-kanak.

Khamis, Jun 23, 2011

S2EP16 - Melawat Taman Malaysia di Seremban

Team Seremban Maya bersama rakan-rakan melawat Taman Malaysia.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Selasa, Jun 21, 2011

S2EP15 - Dari Senawang Ke A&W

Berjalan-jalan bersama rakan di sekitar Senawang sambil melawat kawasan sekeliling sebelum ke A&W di sebelah Taman Tasik Seremban.

Ahad, Jun 12, 2011

Kursus blog di Pusat Rakan Muda Seremban

Pada 8-12 Jun 2011 telah berlangsung kelas belajar membuat blog di Pusat Rakan Muda Seremban. Seramai kira-kira 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan golongan belia telah mengambil bahagian. Peserta didedahkan dengan asas-asas membuat blog dan juga sedikit sebanyak ilmu berkaitan internet.


Berikut antara contoh hasil kerja para peserta sebagai tugasan kursus. Semoga dengan kursus ini, diharapkan agar para peserta dapat meneruskan lagi usaha pembinaan blog masing-masing.

Jumaat, Jun 10, 2011

S2EP14 - Showcase SDSI Peringkat Negeri Sembilan

Showcase 1 Daerah 1 Industri Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung di AEON Jusco Seremban 2 pada 31 Mei - 5 Jun 2011.

Rabu, Jun 08, 2011

Pertandingan Memancing 2011 Sempena Sambutan Hari MPS

Pertandingan Memancing 2011 (Terbuka)
Sempena Sambutan Hari Majlis Perbandaran Seremban ke-114

Tarikh: 11 Jun 2011 (Sabtu)
Masa: 8 pagi - 12 tengah hari
Tempat: Taman Tasik Seremban

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
06-7672807 (Pejabat)
019-3131955 (Pn. Hamidah)
017-7277681 (Pn. Farah)
019-6606674 (En. Rudi)
019-6502707 (En. Husni)

Selasa, Jun 07, 2011

S2EP13 - Promosi Konsert Amal Wali Band

Konsert Amal "Baik-Baik Sayang" Wali Band akan diadakan pada 15 dan 16 Julai 2011 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Tiket berharga RM300, RM100 dan RM50. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Fashar Event & Entertainment di 06-6017383 / 06-6015891.

Jumaat, Jun 03, 2011

S2EP12 - Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011

Seremban Maya membuat liputan luar dalam episod kali ini sempena dengan Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 pada 27-29 Mei 2011. Antara tumpuan menarik yang kami dapati semasa acara tersebut adalah percubaan The Malaysia Book Of Records "36 Jam Persembahan Cak Lempong Tanpa Henti". Kami juga berpeluang berbual dengan wakil dari Homestay Negeri Sembilan di tapak acara tersebut. Sama-sama rasai kemeriahannya.

Khamis, Jun 02, 2011

GRADUAN ASPIRE 2011 DISCOVER YOUR FUTURE WITH US!

GRADUAN® is having its first ever video competition in conjunction with GRADUAN ASPIRE 2011 with up to RM 10,000 worth of prizes to be won! The aim of this competition is for graduates to engage in creative ways of job hunting.

Wow us with your plans for the future. Just answer a simple question - "In 5 years, I ASPIRE to be …" in the most creative way! 1 minute tops and make sure it's a must-see video for all!

Lucky first 50 v-loggers will each win a seat to ASPIRE 300 - an exclusive career conference foreseeing the nation professional icons. Win the paramount trip of a journey to the working world in the savviest hunt ever!

  1. Take a video of yourself in your most creative way and tell us "In five years time, what you ASPIRE to be…" in full blown one minute tops.
  2. Upload the video to www.1tube.my OR www.youtube.com under the title "I-ASPIRE (NAME)" and paste the link on our GRADUAN FACEBOOK WALL
  3. Update your status on Facebook and tag the GRADUAN Facebook page. You will also need include the link of your video.
  4. Get all your friends to vote by pressing the 'LIKE' button for your video on the GRADUAN facebook wall.
  5. Entries with the most number with 'LIKES' will win a chance to grab up to RM 10,000 worth of prizes.
  6. Top 10 videos to be announced during GRADUAN ASPIRE 2011 Talent Networking Fair.
  7. Don't miss out the chance to be a part of this new wavelength as the GRADUAN IASPIRE will rock your web world.
  8. Please note that the videos will fall under youtube terms and conditions guidelines.


WINNERS CATEGORY
1. Entries with the highest number of "LIKE" video
2. Top 10 Most Inspiring Videos

PRIZES
TRAVEL THE WORLD WITH RM 10,000 WORTH OF FLIGHT TICKETS TO BE WON!!!!
Terms & Conditions applied.

Selasa, Mei 31, 2011

S2EP11 - Hari Muzium Negara Peringkat Kebangsaan 2011

Sambutan Hari Muzium Negara Peringkat Kebangsaan 2011 telah berlangsung dari 18 - 24 Mei 2011, berpusat di lokasi utama iaitu Kompleks Taman Seni Budaya (Muzium Negeri Sembilan), Seremban.

Showcase 1 Daerah 1 Industri

Showcase 1 Daerah 1 Industri
Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh: 31 Mei - 5 Jun 2011
Tempat: AEON Jusco, Seremban 2

Khamis, Mei 26, 2011

S2EP10 - Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Sembilan

Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Sembilan (MAPEX 2011) telah berlangsung di Seremban Parade pada 20-22 Mei 2011.

Selasa, Mei 24, 2011

S2EP9 - Ucapan Hari Belia 2011

Kompilasi ucapan sempena Hari Belia 2011. Seremban Maya juga mengajak semua bersama-sama memeriahkan sambutan Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya pada 27-29 Mei 2011.

Khamis, Mei 19, 2011

S2EP8 - Meraikan Rombongan Universitas Bung Hatta Ke Seremban

Program ramah mesra pemimpin & Exco MBNNS bersama rombongan Universitas Bung Hatta. Rombongan dari Universitas Bung Hatta, Padang, Sumatera Barat ke Seremban diraikan di Restoran Wadi Ar-Raudhah, Rahang.


Lokasi restoran Wadi Ar-Raudhah:
View Seremban in a larger map

Selasa, Mei 17, 2011

S2EP7 - Hari Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sembilan

Saksikan kemeriahan Sambutan Hari Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sembilan pada 15 Mei 2011 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Paroi, Seremban.

Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Sembilan (MAPEX 2011)

Ekspo Perumahan Dan Hartanah Negeri Sembilan (MAPEX 2011)

Tarikh: 20 - 22 Mei 2011
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Seremban Parade

Ahad, Mei 15, 2011

S2EP6 - Youth Carnival @ Econsave

Pada 8 Mei 2011, telah berlangsung Youth Carnival @ Econsave. Acara yang berlangsung di perkarangan pasaraya Econsave, Forest Heights, Seremban itu telah diadakan hasil kerjasama beberapa pihak iaitu Pejabat Belia dan Sukan Seremban, Majlis Belia Seremban dan pasaraya Econsave.

Sabtu, Mei 14, 2011

Sambutan Hari Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sembilan

Sambutan Hari Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh: 15 Mei 2011
Masa: 8 pagi
Tempat: Kompleks Belia Dan Sukan NS, Paroi, Seremban


Perasmian oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

Khamis, Mei 12, 2011

S2EP5 - Program Sihat Untuk Semua Taman Bukti

Program Sihat Untuk Semua telah diadakan di Taman Bukti Ampangan, Seremban, pada 8 Mei 2011, bertempat di perkarangan surau Taman Bukti. Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam & Khairat Kematian Taman Bukti itu umumnya bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran tentang kesihatan kepada para penduduk setempat.

Rabu, Mei 11, 2011

Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011

Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011
18 - 23 Mei 2011
Negeri Sembilan Darul Khusus

Acara:

Pameran
Tarikh: 19 - 23 Mei 2011
Tempat: Muzium Negeri Sembilan

Larian Muzium
Tarikh: 21 Mei 2011
Tempat: Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Kembara Muzium
Tarikh: 22 Mei 2011
Tempat: Muzium Tentera Darat Port Dickson

Seminar
Tarikh: 23 Mei 2011
Tempat: Hotel Royal Bintang, Seremban

Sabtu, Mei 07, 2011

S2EP3 - Tetamu dari luar negara

Seremban menerima kunjungan tetamu istimewa dari luar negara. Alang-alang berada di Seremban, bagus juga kalau berkunjung ke Taman Seni Budaya, dapat mengetahui serba-sedikit tentang adat dan budaya tempatan. Dipersilakan menonton.

Rabu, Mei 04, 2011

S2EP2 - Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia

Pada 29 April - 1 Mei 2011 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia di Klana Resort, Seremban. Perwakilan-perwakilan dan pemimpin-pemimpin badan-badan belia seluruh negara telah berhimpun selama beberapa hari di Seremban untuk persidangan tersebut. Seremban Maya telah mendapatkan pandangan beberapa orang pemimpin belia berkenaan dengan Seremban. Mari kita tonton.


Rabu, April 27, 2011

S2EP1 - Pertandingan Lagu-Lagu Klasik (Akhir)

Pada 24 April 2011 yang lalu, telah berlangsung peringkat akhir Pertandingan Lagu-Lagu Klasik, bertempat di Terminal 1 Shopping Center. Pertandingan yang telah bermula sejak awal bulan April itu dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Terminal 1, Fashar Event & Entertainment dan Majlis Belia Negeri Sembilan. Ikuti vlog berikut untuk liputan oleh Seremban Maya.

Vlog tersebut merupakan episod pertama bagi musim kedua Vlog Seremban Maya. Dan mulainya juga semua vlog akan diterbitkan dalam high-definition (HD). Semoga terhibur.

Isnin, April 25, 2011

Vlog: Ep15 - Season 1 Finale

Episod 15 ini adalah episod terakhir untuk season pertama. Tamat sudah season pertama, nantikan season kedua yang akan menyusul tidak lama lagi.


Juga boleh ditonton di 1tube.my.

Sabtu, April 23, 2011

Stesen komuter mula beroperasi pada Mei

Stesen komuter baru di Senawang dan Sungai Gadut akan mula beroperasi pada pertengahan bulan Mei 2011. Menurut pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kedua-dua stesen tersebut berjarak 10km antara satu sama lain, dan dengan siapnya stesen tersebut, jumlah keseluruhan stesen komuter meningkat kepada 53 buah.

Berita penuh: Bernama

Isnin, April 18, 2011

Gangguan bekalan air seluruh Seremban (20-21 April)

Seluruh Seremban, termasuk kawasan Seremban 2, akan mengalami gangguan bekalan air pada 20 dan 21 April 2011 (Rabu dan Khamis). Ini berikutan penutupan sementara loji Sungai Terip dan kolam imbangan Dangi. Menurut Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), gangguan tersebut juga melibatkan kawasan Tampin, Gemencheh dan Jempol. Gangguan bekalan air dijangka akan bermula pada pukul 8 pagi 20 April, dan akan dipulihkan secara berperingkat pada 21 April.

Sebarang maklumat lanjut, layari laman web SAINS di http://www.sainswater.com atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

Sabtu, April 16, 2011

Kompilasi musim pertama Vlog Seremban Maya

Mengumumkan yang musim pertama Vlog Seremban Maya dah pun habis sebanyak 14 episod. Berikut merupakan link terus ke episod setiap musim:




Dalam masa terdekat, sesi penutup season akan diterbitkan. Untuk musim kedua, kami telah membuat beberapa perancangan termasuk penampilan sedikit konsep baru. Apa yang kami harapkan adalah supaya mereka yang berminat, tak kisah sebagai tetamu, atau memberi cadangan tempat untuk dilawati, atau nak feature bisnes IKS, apa saja yang berkaitan dengan Seremban, terus saja menghubungi kami, memang kami sangat alu-alukan. So kami minta tolong sampai-sampaikan kalau ada kenal-kenal sesiapa yang berminat.

Terima kasih banyak atas segala sokongan. Nantikan musim kedua Vlog Seremban Maya.

Perkhidmatan komuter Seremban - Labu dihenti sementara

Perkhidmatan komuter sektor Seremban - Labu akan dihentikan sementara waktu untuk beberapa hari. Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad menyatakan bahawa penutupan itu adalah bagi membolehkan ujian tertentu dijalankan terhadap sistem isyarat mereka. Berikut adalah hari dan masa penutupan perkhidmatan tersebut:

Tarikh: 16 dan 17 April 2011 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 7 pagi - 11 malam

Bagi penumpang laluan Rawang yang ingin ke Seremban, hentian terakhir adalah hentian Labu. Shuttle bus akan disediakan di hentian Labu ke Seremban. Untuk maklumat lanjut, boleh lawat laman web KTMB di http://www.ktmb.com.my atau hubungi nombor telefon 1-300-88-5862.

Sumber asal: Bernama

Rabu, April 13, 2011

Vlog: Ep14 - Bermain Bowling di Ampang Superbowl

Sebuah pusat bowling terawal di Seremban. Ampang Superbowl terletak di tingkat atas pusat beli-belah Seremban Parade. Berdekatan dengan stesen keretapi Seremban. Sesuai untuk peminat-peminat sukan bowling dan juga untuk aktiviti riadah bersama-sama keluarga dan kenalan.



Lokasi:

View Seremban in a larger map

Penyembelihan ayam tidak dibenarkan di pasar besar

Pihak Majlis Perbandaran Seremban telah mengeluarkan larangan penyembelihan ayam daripada dilakukan di Pasar Besar Seremban. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini bagi menghalang pencemaran Sungai Temiang daripada sisa penyembelihan. Kerja-kerja penyembelihan perlu dilakukan di tempat-tempat khas berasingan yang mematuhi piawaian kebersihan dan kesihatan, serta bermanfaat untuk semua pihak sama ada peniaga dan alam sekitar.

Berita penuh: The Star

Seremban Maya: "Teringin nak tengok Sungai Temiang sekurang-kurangnya jadi macam Sungai Melaka."

Jumaat, April 08, 2011

Vlog: Ep13 - Benteng Jalan Dato Abdul Rahman

Menjamu selera di Benteng Jalan Dato Abdul Rahman, sebuah medan selera yang terletak di tengah bandar Seremban.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Isnin, April 04, 2011

Vlog: Ep12 - Sesi Kenali Seremban Maya di Taman Tasik Seremban

Bersiar-siar di Taman Tasik Seremban, salah satu taman tasik tertua di Malaysia. Ikuti sesi temubual eksklusif pengasas Seremban Maya bagi memenuhi permintaan tugasan pelajar.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Sabtu, April 02, 2011

Vlog: Ep11 - Singgah Malam di Temiang Corner

Suasana malam di sekitar pusat bandar Seremban. Singgah makan di Temiang Corner.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke - 5

5 tahun lepas kami ditertawakan dan disindir bila mula2 nak bangunkan Seremban Maya Dot Com. Paling kecewa, bila ada pihak mempersoalkan penggunaan perkataan 'Seremban' seolah-olah, ianya hak mereka. Tapi kami teruskan juga, atas dasar cintakan bandar Seremban. Using all the resources that we have, al-maklumlah, masa tu kami nie penganggur. terpaksa buat kerja part time semata nak kumpul duit bayar hosting. Akhirnya, jadi jugak la web portal pertama bandar Seremban after gather all the information & the money by ourself. Ilmu yang kita ader masa tu just basic html, so website masa tu agak statik gak la. Ader la flash sikit2.


Kemudian kami ditawarkan bekerja di KL. Seremban Maya masa tu agak slow dari segi update, tapi kami tetap melayan panggilan & email mereka2 yang bertanyakan perihal Seremban terutamanya dari negara jiran, Singapura. Lepas keje, ader la duit sikit, kami gi la belajar CMS, dapat la buat website yang dinamik sikit. 5 tahun dulu kalau dapat 100 pengunjung sebulan, kita dah rasa puas sangat sebab target kami masa tu hanyalah 1000 pengunjung sebulan. Hari ini, alhamdulilah pengunjung Seremban Maya telah mencecah 5000 orang sebulan. Tidak cukup dengan web portal, kami bangunkan blog Seremban Maya yang menyampaikan maklumat dengan lebih santai berbanding web portal yang bersifat semi-formal. Langkah kami tidak berhenti setakat itu sahaja, kerana hari ini, kita telah bangunkan Video Log (VLOG) Seremban Maya yang akan masuk musim ke-2. (Musim pertama- beta version). Kalau dulu orang hanya boleh membaca atau melihat gambar di laman web Seremban Maya, kini mereka boleh menonton video info mengenai bandar Seremban di channel youtube & 1Tube Seremban Maya. November 2010, kami telah adakan Seremban Maya GPS Hunt Challenge sebagai pembuka tirai aktiviti2 mempromosikan Seremban.


'We Love Our Seremban' menjadi pegangan kami dalam membangunkan Seremban Maya Dot Com. Walaupun kami mengeluarkan duit poket kami sendiri untuk membangunkannya, Seremban Maya Dot Com adalah hak milik orang Seremban dan kami akan mengekalkan perkataan 'Percuma untuk warga Seremban' sampai bila-bila.

Hari ini (1 April) genap 5 tahun usia Seremban Maya. Kami akan terus melangkah ke hadapan dengan isi, idea dan aktiviti yang baru yang diharap dapat memberi maklumat/kemudahan kepada orang Seremban dan orang yang ingin ke Seremban . Kami akan terus membangunkan bandar Seremban melalui bidang yang kami mahir, mengikut kemampuan kami, seiring dengan perjalanan Seremban yang bakal dinaik taraf kepada Bandaraya tidak lama lagi. Terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami sepanjang 5 tahun Seremban Maya beroperasi. Semoga segala usaha kami mendapat keredhaanNya. InsyaAllah..

Jumaat, April 01, 2011

1Malaysia Karnival 2011

1Malaysia Karnival 2011

Tarikh: 30 Mac hingga 2 April 2011

Masa: 10 pagi - 12 tengah malam

Tempat: Hadapan Stadium Paroi, Seremban

Artis undangan: Nabil (Raja Lawak), Bunkface, Pretty Ugly, Tilu, Mus (May), Ali (XPDC), Ustaz Akhil Hayy

Rabu, Mac 30, 2011

Vlog: Ep10 - Suasana Pasar Malam Ampangan

Pasar malam di Ampangan diadakan setiap hari Selasa dan Jumaat.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Isnin, Mac 28, 2011

SKS-KL rancang tambah bas dua tingkat

Sistem Kenderaan Seremban - Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (SKS-KL), sebuah subsidiari Nadicorp Holdings Sdn. Bhd., merancang untuk menambah bilangan bas dua tingkat pada masa depan berdasarkan sambutan dan keperluan penumpang. Menurut pengerusinya Mohamad Nizar Datuk Seri Mohamad Najib, pada masa ini terdapat 13 buah bas dua tingkat yang setiap satunya bernilai RM1 juta. SKS-KL mempunyai 69 buah bas termasuk 13 buah bas dua tingkat.


SKS-KL telah beroperasi di laluan Seremban-Kuala Lumpur-Seremban melalui Lebuhraya Utara-Selatan sejak 1977. Seramai 4000 orang penumpang menggunakan perkhidmatan SKS-KL setiap hari, dan jumlah ini berganda pada hujung minggu.

Berita penuh: Bernama

Ahad, Mac 27, 2011

Vlog: Ep9 - D'Seremban Nite Town

Bazaar larut malam yang terletak di belakang Jalan Lee Sam (belakang The Store lama). Mari kita membeli-belah.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Sabtu, Mac 26, 2011

Majlis Perasmian Farmasi Pandu Lalu

Majlis Perasmian Farmasi Pandu Lalu
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus

Tarikh: 28 Mac 2011 (Isnin)
Masa: 3.30 pm
Tempat: Farmasi Pandu Lalu, Jalan Rasah (berhampiran Klinik Kesihatan Seremban)


Dirasmikan oleh:
YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus


Khamis, Mac 24, 2011

Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja 1Malaysia

Program Penempatan Pekerjaan (3P)
Azam Kerja 1Malaysia


Tarikh: 26 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tempat: Perkarangan Wisma Persekutuan Seremban

Temuduga terbuka
Peluang pekerjaan untuk semua kategori
Pendaftaran online JobsMalaysia
http://www.jobsmalaysia.gov.my

Kehadiran pencari kerja dialu-alukan

Rabu, Mac 23, 2011

Vlog Ep8 - Cendol Bintara

Jom kita pekena cendol di Jalan Jelebu (Jalan Pantai).



Lokasi:

View Seremban in a larger map

Selasa, Mac 22, 2011

Karnival Pendidikan 2011

Karnival Pendidikan 2011

Tarikh: 25 -27 Mac 2011
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Terminal 1 Shopping Center

Ahad, Mac 20, 2011

Gangguan bekalan air?

Sejak kebelakangan ini, hujan turun dalam keadaan yang agak kerap. Pada masa yang sama, mungkin rumah anda mengalami gangguan bekalan air. Sekiranya itu berlaku, anda pasti ingin tahu perkembangan terkini mengenainya. Sungguh mudah. Lawati website Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) untuk mengetahui sebarang perkembangan mengenai gangguan bekalan air di tempat anda.


Sabtu, Mac 19, 2011

Vlog: Ep7 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Tahukah anda di Seremban terdapat sebuah lokasi yang boleh dipanggil zoo mini? Jom kita lawati taman haiwan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jalan Jelebu.



Lokasi:

View Seremban in a larger map

Khamis, Mac 17, 2011

Popular Book Fair

Popular Book Fair (pesta buku)

Tarikh: 11 - 20 Mac 2011
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Kompleks Beli-Belah Terminal 1

Kejohanan Kriket MSSM 2011

Kejohanan Kriket MSSM 2011

Tarikh: 14 - 19 Mac 2011
Masa: 8 pagi - 6 petang
Tempat: Padang Sekolah KGV (kategori 18 tahun)

Orang ramai dijemput hadir

Isnin, Mac 14, 2011

Vlog: Ep6 - Suasana Citra Budaya Perpatih

Suasana kemeriahan Citra Budaya Perpatih yang dirasmikan pada 12 Mac 2011 di Padang MPS.


Antara acara menarik termasuk Malaysia Book of Records, Tarian Piring Seribu.

Khamis, Mac 10, 2011

Vlog: Ep5 - Roti telur kentang Benteng Ampangan

Menikmati roti telur kentang di Benteng Ampangan.


Lokasi:
View Seremban in a larger map

Citra Budaya Perpatih

CITRA BUDAYA PERPATIH

Tarikh: 11 - 13 Mac 2011
Tempat: Padang MPS


Majlis perasmian:
Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 8 malam
Tempat: Padang MPS



Yang menarik: Malaysia Book Of Records Tarian Piring Seribu, Orkestra Cak Lempong, Artis Jemputan, dan lain-lain lagi.

Orang ramai dijemput hadir.

Selasa, Mac 08, 2011

Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat negeri

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Kali Ke-32
Tahun 1432H / 2011M

Tarikh:10 Mac 2011 / 5 Rabiulakhir 1432H
Masa: 8 pagi hingga 10 malam
Tempat: Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Orang ramai dijemput hadir

Ahad, Mac 06, 2011

Rabu, Mac 02, 2011

Vlog: Ep3 - Makan di Restoran Victory

Episod terbaru, jom kita pergi makan-makan di Restoran Victory.


Lokasi:

View Seremban in a larger map

Jumaat, Februari 25, 2011

Vlog: Ep2 - Kompleks Taman Seni Budaya

Melawat Kompleks Taman Seni Budaya




Lokasi:

View Seremban in a larger map

Rabu, Februari 23, 2011

Karnival Produk Perikanan

Pada masa ini, sebuah karnival iaitu Karnival Produk Perikanan sedang berlangsung di Seremban. Berikut merupakan butir-butir karnival tersebut.

KARNIVAL PRODUK PERIKANAN
Tarikh: 22 - 27 Februari 2011
Masa: 10 pagi - 11 malam
Tempat: Pusat Beli Belah AEON Seremban 2 (Jusco)

Selasa, Februari 22, 2011

Vlog: Ep1 - Mencari internet di Senawang

Memperkenalkan vlog Seremban Maya yang pertama. Semoga terhibur.

Kemiskinan dan kurang upaya bukan penghalang untuk cemerlang dalam STPM

Kekurangan upaya atau kemiskinan bukan penghalang untuk tiga orang pelajar muncul cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun lepas. Mohd Rifaat Hussin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, yang mendapat 4A dan 1B walaupun kekurangan upaya dari segi penglihatan sejak berumur 15 tahun, menyatakan bahawa dia bertuah kerana rakan-rakan sekelas dan guru-gurunya tidak pernah mendiskriminasikannya. Apabila ditanya tentang cabaran terbesar yang dihadapi di sekolah, dia berkata yang dia tidak dapat melihat apa yang guru-guru tulis di papan hitam dan terpaksa bertanya kawan-kawan untuk membacakan apa yang ditulis. Remaja yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu berkata, dia mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris atau Universiti Malaya.

Berita penuh / sumber: Bernama

Khamis, Februari 17, 2011

Menonton wayang di Seremban

Anda baru tiba di Seremban? Anda berminat untuk menonton wayang gambar? Di Seremban, terdapat tiga lokasi pawagam yang boleh anda pilih untuk menonton filem kegemaran anda.

1. Golden Screen Cinema (GSC) di Terminal One shopping center
Terletak di tingkat paling atas kompleks beli-belah Terminal One. Jika anda berkereta, anda boleh parking kereta anda di tempat letak kereta tingkat atas stesen bas Terminal 1, dan kemudian terus menggunakan jejambat yang disediakan untuk ke bangunan kompleks.

2. Tanjong Golden Village (TGV) di kompleks Jusco Seremban 2
Terletak di tingkat paling atas kompleks Jusco Seremban 2. Jika anda berkereta, anda boleh parking kereta di tingkat atas tempat letak kereta yang disediakan di kompleks itu sendiri.

3. MBO Cinema di kompleks Terminal 2
Terletak di tingkat atas kompleks beli-belas Terminal 2 (Era Square). Tempat letak kereta disediakan di tingkat atas bangunan kompleks.

Selasa, Februari 15, 2011

Karnival Bola Sepak Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan 2011

Karnival Bola Sepak Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan 2011

Bawah 12 Tahun: 28-30 Januari 2011
Bawah 15 Tahun: 18-20 Februari 2011
Bawah 18 Tahun: 25-27 Februari 2011

Program Pembangunan Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan Darul Khusus dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tempat: Padang Majlis Perbandaran Seremban dan Padang Sekolah KGV
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Suasana Sambutan Maulidur Rasul

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban pada hari Selasa, 15 Februari 2011. Para hadirin telah berkumpul di kawasan padang seawal pukul 7.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan penyampaian ucapan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, dan seterusnya dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Sambutan diakhiri dengan acara perbarisan diiringi alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh pelbagai agensi termasuk badan-badan kerajaan, agensi-agensi swasta, institusi-institusi pendidikan, serta badan-badan pertubuhan dan organisasi. Perbarisan yang bermula dari Padang Majlis Perbandaran Seremban itu melalui beberapa jalan utama di bandar Seremban, dan tamat di kawasan sekitar bangunan-bangunan kerajaan bersebelahan Taman Tasik Seremban. Majlis tamat kira-kira jam 9.30 pagi.

Gambar-gambar sekitar sambutan: